Permulaan - Menukang Manuskrip
Bermula awal Julai, kami (13 penulis yang terlibat) diminta untuk mula menulis manuskrip masing-masing. Limit penulisan manuskrip yang diberikan hanya 7-9 muka surat setiap seorang. Untuk saya yang baru pertama kali, baru tulis 3 muka surat pun dah struggle tau.
Maklumlah, kebiasaannya saya hanya menulis panjang lebar di blog peribadi sendiri dan juga Facebook. Ayat pun santai-santai je. Penulisan manuskrip buku pula lain kaedahnya. Kena ikut gaya penulisan yang dimahukan oleh pihak penerbit.
Saya akui pada peringkat permulaan ini saya merasa sedikit tegang untuk menulis. Dengan ilham yang tak kunjung tiba. Setiap masa berdoa moga Allah bantu dengan idea penulisan yang tak putus-putus untuk saya siapkan manuskrip tersebut.
![]() |
| Manuskrip awal hasil nukilan saya sebelum dimurnikan |
Fasa 2 - Serah Manuskrip Untuk Dibaca Oleh Buddies
Dengan izin Allah, saya berjaya menyiapkan manuskrip dalam masa 4 hari. Alhamdulillah. Setiap dari kami telah diberikan buddy untuk jadi beta reader. Beruntungnya saya sebab ada 2 orang buddy yang menjadi pembaca pertama manuskrip saya.
Feedback dari mereka berdua sangat mencairkan hati saya. Sesungguhnya penulisan saya memang tak lari dari cara saya menulis di blog. Orang cakap vibes blogger tu pekat sungguh. Hihi.
Lega bila dah selesai untuk peringkat ini. Menanti penuh debaran manuskrip disemak oleh penyelenggara dan editor pula.
![]() |
| Feedback dari buddy kedua |
Fasa 3 - Photoshoot Gambar, Menulis Biodata dan Tips
Part ambil gambar ni paling jenuh la nak buat sebab saya memang dah lama tak bergambar. Tapi bonus bagi saya juga sebab perlu bergambar dengan memakai masquerade mask untuk ikut tema buku. Ala-ala misteri macam tu konsepnya.
Masa ni saya libatkan anak-anak untuk membantu. Tujuannya nak expose kat anak-anak yang inilah kerjaya ummi mereka - ghostwriter. Tapi itulah, banyak betul cabarannya. Posing camtu tak kena, posing camni tak kena. Sekejap lighting cun, tiba-tiba malap pula. Anak-anak yang kena jadi tukang pegang lampu asyik main-main tekan suis. Minta si sulung snap gambar, semua hasilnya blur sebab tangan gigil. Gojes sangat mak dia agaknya sampai berdebar nak ambilkan gambar. Hahaha.
Sudahnya saya set up sendiri lighting dengan camera, selfie sendiri je la. Pasrah je dengan kejadian gambarnya macam mana pun. Lepas tu kongsi kat group Whatsapp minta kengkawan penulis hantu yang lain tolong undi gambar yang okay dan sesuai.
Fasa 4 - Hantar Manuskrip dan Segala Dokumen Lain
Deadline untuk hantar manuskrip dan segala dokumen yang lain adalah pada awal Ogos. Pada mulanya, saya plan nak hantar di minit-minit terakhir sebab takut. Fikir punya fikir, saya decide untuk hantar awal supaya tak rasa terbeban lagi.
Lepas kumpul keyakinan dan baca berulang kali penulisan sendiri sampai nak muntah, pejam mata terus hantar. Itu pun lepas hantar saya sengaja baca semula manuskrip, tetiba rasa ada yang tak kena pula. Haishhh. Sabar je la. Cari penyakit sungguh.
Akhirnya saya pasrah je. Tunggu komen penyelenggara je la. Kalau takde pembetulan, alhamdulillah. Lega untuk fasa pertama sebelum peringkat seterusnya iaitu manuskrip disemak oleh editor.
![]() |
| Dokumen yang dihantar |
Fasa 5 - Manuskrip Dibedah Oleh Penyelenggara
6 Ogos : Dapat makluman dari puan penyelenggara yang manuskrip dah lulus.
13 Ogos : Puan penyelenggara bagi teaser cover buku. Cantik gilaaaaa!
24 Ogos : Dapat makluman dari puan penyelenggara yang dia dah betulkan sikit bahagian biodata dan tips penulisan sebelum serah pada editor untuk semakan.
Masa ni saya sangat excited. Dah masuk bulan kedua perjalanan menuju 'kelahiran' buku ini. Rasa tak sabar nak pegang buku yang ada kisah sendiri kat dalamnya. Walaupun buku antologi, tetap excited juga. Dalam buku ni menceritakan perjalanan saya dalam dunia penulisan. Lebih spesifik - ghostwriter.
Bagaimana minat tercetus?
Apa turning point yang buat diri pilih jadi ghostwriter?
Siapa yang jadi pemangkin semangat?
Dan banyak lagi yang saya nukilkan dalam buku tu.
Fasa 6 - Semakan Editor
Masuk bulan ketiga, manuskrip telah berada di tangan editor untuk semakan. Dari semasa ke semasa, kami dapat update terkini dari penyelenggara tentang perkembangan projek Buku Antologi PENULIS UPAHAN - Peri Si Pemegang Pena.
Alhamdulillah semuanya mengikut perancangan yang telah diatur. Seronok baca penjelasan dari puan penyelenggara. Rasa teruja tu taktau nak habaq laa lagumana, bak kata orang Penang. 🤭
Puan penyelenggara maklumkan kepada kami, ada 5 tarikh yang sangat penting dalam proses projek penulisan buku antologi :
1️⃣ Tarikh akhir penghantaran karya
2️⃣ Tarikh semakan oleh penyelenggara
3️⃣ Tarikh mula semakan editor
4️⃣ Tarikh semakan galei (mock-up buku)
5️⃣ Tarikh promosi bermula
Kedua-dua puan penyelenggara ada berpesan juga untuk kami semua beri kerjasama dengan editor. Mudahkan kerja editor jika penulisan manuskrip perlu penambahbaikan. Part ni agak berdebar la juga bagi saya. Maklum la pertama kali. Berharap penulisan saya cun je semuanya.
Dan masa ni saya tak sabar nak tengok mock-up buku sebenar. Dapat tengok sikit teaser macam gambar kat bawah ni pun dah berbunga-bunga rasa hati. 🥰
Fasa 7 - Pendaftaran Buku
Bulan keempat, puan editor diberi ruang untuk membuat semakan 13 manuskrip yang dihantar. Kami juga menunggu penuh debaran andai puan editor hubungi untuk kami betulkan penulisan masing-masing.
Masuk bulan kelima, kami dapat perkhabaran gembira tentang pendaftaran buku.
6 November 2025, dapat berita ISBN dah lulus.
8 November 2025, dikhabarkan Perpustakaan Negara emel QR Data Penkatalogan dalam Penerbitan (PDP).
Alhamdulillah. Seronok rasa baca update dari Puan Penyelenggara.
Inilah wajah buku antalogi pertama saya. Ketika ini (bulan yang kelima), kami dimaklumkan juga yang designer tengah siapkan layout buku ni. Saya yakin yang tuan designer akan buat layout yang kebabom untuk buku antologi ni. Cover yang dia design pun kemain umpphhhh lagi. Lurveee sangat.
Fasa 8 - Semakan Galei
Galei? Apa tu ya? Buat yang pertama kali mendengar perkataan ini, galei bermaksud manuskrip yang sudah siap layout nya.
3 perkara yang perlu disemak dalam galei ialah :
1. Ejaan
2. Spacing
3. Tanda baca
20 November - Semakan galei kali pertama
18 Disember - Semakan galei kali kedua
Semakan galei pertama tu, ada sedikit yang saya betulkan kerana terdapat typo dan perenggan penting dalam manuskrip asal saya telah dibuang/diubahsuai. Point tersebut sangat bermakna bagi diri saya, jadi saya berasa sedikit ralat bila saya dapati ianya tidak dimasukkan.
Alhamdulillah ketika saya semak galei kali kedua, perenggan yang saya betulkan dan minta dimasukkan semula telah diterima. Gembira tak terkata hati saya.
Saya juga sangat berpuas hati dengan sentuhan yang diberikan oleh puan editor secara keseluruhan. Manuskrip saya dimurnikan dengan sangat cantik susunannya. Terharu dan suka sangat!
Fasa 9 - Proses Pencetakan Buku
InsyaAllah dalam minggu akhir bulan Disember ini, buku akan dicetak. Sedar tak sedar, 6 bulan juga rupanya nak hasilkan sebuah buku. Hampir setengah tahun!
Sesungguhnya saya tak sabar nak tengok hasilnya. Saya juga macam tak percaya yang saya akan memiliki sebuah buku yang ada penulisan saya di dalamnya.
PENULIS UPAHAN - Peri Si Pemegang Pena. Inilah kisah 13 penulis upahan yang digarapkan menjadi sebuah buku. Dari idea yang ditulis dengan pena di atas sekeping kertas, ditaip dengan papan kekunci di komputer, terhasillah sebuah karya penulisan untuk pihak lain dari seorang penulis upahan.☺️
Ya. Dalam buku ini juga dinukilkan juga kisah bagaimana seorang Shahada Fauzi terjebak dalam dunia penulis upahan dan siapa orang kuat di sebalik perjalanan 'kerjaya' ini. Semuanya diceritakan dalam karya Jiwa Penulis Yang Mekar Selamanya.
Terima kasih Allah. Akhirnya impian saya dari usia remaja dimakbulkan. ❤️
Berminat nak dapatkan buku ini? Boleh hubungi saya ya! Atau masuk group whatsapp info tentang buku ini di sini : WL Buku Penulis Upahan
Love,
SF The Ghostwriter
Penulis Upahan Pilihan Anda











0 Comments
Terima kasih sudi tinggalkan 'Nota Cinta'.