Assalamualaikum. Hai!

Yang dah lama follow saya di sosial media, mesti dah tahu pasal kerja freelance sebagai penulis upahan yang saya buat ni. Sebagai seorang penulis blog, dunia penulisan sangat sebati dengan jiwa saya. 

Saya  mula menulis di blog peribadi Blog Shahada Fauzi sejak tahun 2009 lagi. Topik penulisan saya adalah  berkisarkan hidup sendiri dan juga general. Personal & Lifestyle Blogger adalah tagline yang saya gunakan sejak dulu sebagai branding diri dalam dunia blog. 


Servis ghostwriter


Kelayakan Sebagai Penulis Upahan

Saya tak berani nak claim diri sendiri sebagai seorang yang pakar dalam bidang penulisan. Pada saya, bidang ni sangat terbuka untuk sesiapa saja yang minat menulis. Semua orang layak menjadi penulis jika ada bakat dan minat selain kemahiran dan sijil kelayakan. 

Walau bagaimana pun, jika sijil kelayakan yang menjadi titik ukur dalam bidang ni InsyaAllah saya ada milikinya. Semasa di universiti saya pernah mengambil subjek Penulisan Kreatif sebagai subjek elektif. Lulus dengan pointer 3.33 untuk subjek tersebut. 

Saya pernah mengikuti pelbagai kelas Ghostwriter dari beberapa orang ghostwriter yang lebih berpengalaman dan juga Pengurus Media Sosial secara online bertujuan untuk menambah ilmu dan memantapkan servis penulisan saya. Selain itu, kelas menulis lain seperti copywriting dan content writing turut saya sertai juga. 

Memandangkan saya sangat minat dalam bidang penulisan, jadi saya telah berjinak-jinak menawarkan servis menulis secara lebih terbuka. 


Sejarah Permulaan Membuat Servis Penulisan

Detik bermulanya saya dalam bidang ghostwriter ni semasa saya telah habis belajar. Kalau tak salah saya dalam tahun 2010. Saya membantu bapa saudara untuk menterjemah beberapa artikel journal Biologi bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. 

Pada tahun 2019 saya mula serius dengan kerjaya sebagai seorang penulis upahan. Jadi saya mula seeding tentang dunia ghostwriter di laman Facebook. First job saya secara rasmi sebagai ghostwriter bermula apabila ex-coursemate di universiti melamar saya untuk menjadi penulis konten di syarikat beliau secara part time. Beliau menawarkan tugasan menulis tersebut kepada saya kerana sangat menyukai penulisan info secara santai yang selalu saya tulis di laman Facebook saya.

Sejak dari itu, portfolio saya semakin bertambah. Bukan hanya di kalangan kenalan sahaja, servis saya juga telah diketahui orang lain kerana direkomendasi oleh kenalan. Saya juga pernah dapat job dari rakan ghostwriter yang lain. 


Pengalaman Sebagai Penulis Upahan

Antara servis penulisan yang pernah saya buat ialah :
  • Menterjemah artikel Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu
  • Menulis skrip untuk video
  • Menulis konten di media sosial Facebook (servis web, servis gubahan bunga orkid, servis khidmat insurans) 
  • Menulis artikel untuk web client atau blog peribadi (Niche kesihatan, kecantikan, makanan, travel, review produk dan lain-lain) 
  • Menulis resume dan CV
  • Menulis minit mesyuarat dan surat rasmi
  • Proofread dan editing layout workbook 

Menjenamakan Servis Penulisan 

Disebabkan saya mahu lebih serius dalam bidang ini, jadi saya decide untuk menjenamakan servis penulisan saya. SF The Ghostwriter adalah jenama untuk kerjaya saya sebagai penulis upahan. SF tu maksudnya Shahada Fauzi, nama saya sendiri. 

Penulisan yang saya tawarkan adalah yang bersifat santai dan mudah difahami oleh semua tak kisah tahap pendidikan mereka tinggi atau tidak. Niatnya nak bagi semua orang minat membaca. Jadi penulisan santai yang ditulis dari hati mungkin lebih digemari. Sebab saya sendiri tak berapa gemar membaca ayat skema. 😅

Saya juga berkemahiran menulis secara SEO (search engine optimisation) yang mana menjadi 'kegilaan' ramai pihak yang ingin artikel mudah diindeks di carian Google. Tulis santai-santai pun InsyaAllah boleh rank kat Google. Hihi. 

Selain nickname SF The Ghostwriter, tagline pun kena ada. Untuk servis ni, saya gunakan tagline simple je iaitu Penulis Upahan Pilihan Anda. Client je yang boleh decide kenapa nak pilih saya sebagai penulis upahan. 

Dan bila nak jenamakan servis, sudah tentulah logo juga penting. Ya. Seperti yang tertera dalam artikel ni, itulah logo branding untuk servis penulisan saya. 

Laman web ini juga dibuat sebagai salah satu platform untuk menjenamakan servis penulisan saya. InsyaAllah akan lebih banyak artikel tentang bidang penulisan yang akan dikongsikan di sini. 


Berminat Nak Bekerjasama Dengan Saya? 

Untuk makluman, saya bekerja dari rumah sahaja sebagai freelancer. Jadi pepaham je la kalau bekerja dari rumah ni ya. Cabaran dia tu fuhhhh boleh keluar peluh jantan. Sebabnya saya masih kena fokus dengan kerja hakiki sebagai seorang surirumah dan juga sebagai freelance designer

Jadinya, pada yang berhajat nak guna perkhidmatan saya yang jari-jemari bersakti bila menulis ni memang wajib ada tahap kesabaran yang super tinggi tau. Sejujur nya saya berterus terang yang saya memang tak ambik kerja menulis rushing. Saya menulis santai-santai je. Takmau tekanan. Baru la hasil penulisan saya meletop-letop. Gituuu. Perasan sangat! Hihi.

Tapi InsyaAllah saya cuba deliver sebaiknya. Dan tentulah akan ada timeline supaya saya tak terkejar-kejar. Kita boleh je deal sampai jadi okay! 

Terima kasih pada semua clients yang pernah berurusan dengan saya. Anda semua memang super cool sebab boleh sabar dengan cara santai saya buat kerja. Pada yang bakal nak jadi clients tu pun harapnya lagi awesome  tahap kesabaran tu. Hihi. Love ya!

Love
SF The Ghostwriter 
Penulis Upahan Pilihan Anda