Ramai yang ingin menulis buku atau manuskrip profesional, tapi tertanya-tanya: 
“Berapa lama sebenarnya projek ghostwriting mengambil masa?” 

Jawapannya : Bergantung pada jenis kandungan, panjang manuskrip, dan tahap kerjasama antara klien dan ghostwriter

Jadi, artikel kali ini saya nak kongsi sedikit maklumat yang akan bantu anda faham tentang proses bekerja dengan ghostwriter bagi menyiapkan manuskrip. Antaranya seperti tempoh masa yang biasa diambil dan tips percepat proses tanpa menjejaskan kualiti manuskrip.


Faktor Yang Mempengaruhi Tempoh Projek

Jenis Kandungan
Buku penuh 100 -150 halaman tentu mengambil masa lebih lama berbanding e-book pendek atau artikel profesional. Projek panjang kebiasaanya memerlukan lebih banyak sesi perbincangan, research, dan semakan.

Panjang Manuskrip
Semakin banyak bab dan subtopik, semakin lama masa diperlukan. Artikel panjang atau bab kompleks memerlukan masa tambahan untuk memastikan mesej tersusun dan tepat.

Kekerapan Semakan Klien
Jika klien memberi feedback cepat dan terperinci, proses penulisan lebih lancar. Sebaliknya, semakan lambat boleh menunda projek.

Keperluan Research
Projek yang memerlukan penyelidikan mendalam mengambil masa lebih lama, terutamanya untuk buku non-fiksyen atau panduan profesional.

Jangka Masa Standard

Berikut saya kongsikan jangka masa (tempoh anggaran) untuk menyiapkan manuskrip berdasarkan jenis projek.
  • Artikel / Blog Post : 3 - 7 hari per/artikel
  • E-book / Panduan Pendek : 2 - 4 minggu
  • Buku / Manuskrip Panjang : 2 - 6 bulan (bergantung kepada panjang & semakan)
Jadi, untuk penulisan manuskrip buku, klien perlu memahami yang prosesnya sangat memakan masa. Terutamanya jika buku tersebut adalah jenis bukan fiksyen atau buku profesional. Ini kerana penulisan manuskrip jenis ini memerlukan proses penyelidikan supaya maklumat dan fakta yang akan dimasukkan dalam manuskrip adalah tepat.

Tips Penting: Sentiasa buat jadual dan tentukan milestone supaya projek dapat dipantau dengan jelas.

Tips Percepatkan Proses Penulisan

Jika anda ingin manuskrip anda disiapkan dalam tempoh yang singkat, berikut beberapa tips yang mungkin anda boleh consider untuk ambil maklum.
  • Sediakan semua maklumat awal: Berikan nota, idea, dan sumber.
  • Fokus pada komunikasi konsisten: Balas feedback dengan cepat.
  • Buat milestone jelas: Tetapkan tarikh siap bab dan semakan.
  • Mulakan dengan draft kasar: Biar ghostwriter susun dulu, semakan boleh dibuat kemudian.
Jika anda dapat 'ikut' tips ini, insyaAllah proses menukang manuskrip buku anda yang dibuat oleh ghostwriter akan menjadi lebih lancar. Elakkan dari menyerahkan segalanya bulat-bulat kepada ghostwriter tanpa sebarang panduan dari anda. Itu adalah sangat tidak wajar.


Contoh Situasi

Jom saya kongsikan contoh situasi yang mungkin boleh membuka mata anda dengan persoalan 'Berapa lama masa untuk siapkan buku dengan ghostwriter?'
Seorang doktor ingin menulis buku panduan yang dianggarkan mempunyai 120 halaman. Dengan input lengkap dan komunikasi aktif :
- Ghostwriter menyelesaikan draft pertama dalam masa 3 bulan
- Semakan akhir bersama klien dalam masa 4 bulan
- Manuskrip siap diterbitkan selepas 4.5 bulan

Dalam tempoh 4.5 bulan akhirnya, doktor tersebut dapat menerbitkan bukunya dengan bantuan penulisan manuskrip oleh ghostwriter. Walau bagaimanapun, doktor tersebut sangat memberikan kerjasama yang baik dengan ghostwriter dari segi penyediaan maklumat (nota, idea, sumber) serta pantas memberikan maklumbalas setiap kali ghostwriter menghubunginya.

Jadi, sekiranya anda berhasrat untuk bekerjasama dengan ghostwriter dalam menyiapkan manuskrip buku anda, pastikan anda sudah ambil maklum tentang proses-prosesnya.

Mahu Upah Ghostwriter Untuk Manuskrip?

Sebenarnya memang ramai golongan profesional seperti doktor, pensyarah dan usahawan berjaya yang berkeinginan mempunyai sebuah buku untuk berkongsi kepakaran, pengalaman dan pelbagai lagi. Masalahnya mereka tidak mempunyai masa atas faktor kesibukan dalam bidang kerja masing-masing.

Di sinilah ghostwriter memainkan peranan. Tidak menjadi kesalahan untuk mengupah ghostwriter menyiapkan penulisan manuskrip buku anda. Carilah ghostwriter yang dapat merealisasikan impian anda itu. Saya juga salah seorang yang boleh menjadikan impian anda sebuah kenyataan.

Ingin tahu berapa lama projek ghostwriting manuskrip buku anda akan siap jika memilih saya? Hubungi saya di [Whatsapp] untuk sesi konsultasi awal, dan kita boleh rancang tempoh projek yang realistik serta efisien. InsyaAllah.

Love,
SF The Ghostwriter
Penulis Upahan Pilihan Anda