Hai semua penulis kesayangan! ✍️✨

Pernah tak rasa macam ni: 
Dah berbulan-bulan hadap manuskrip, taip sampai lebam, tapi bila dah siap... tiba-tiba rasa ragu-ragu.

“Eh, bab ni meleret sangat ke?”

Point motivasi ni nampak macam menekan-nekan sangat tak?”

“Watak hero ni konsisten ke eh dari awal sampai akhir?”

Biasalah tu, kita sebagai penulis kadang-kadang dah "terlalu dekat" dengan karya sendiri sampai kita terlepas pandang plot hole atau bahagian yang bosan. Sebab tu lah, setiap naskhah perlukan Mata Kedua.


Kenapa Perlu Pembaca Beta (Beta Reader)?

Ramai yang ingat Pembaca Beta ni cuma nak cari salah ejaan. Nope! Itu tugas Proofreader.

Tugas Pembaca Beta (macam saya!) adalah untuk jadi wakil pembaca pertama anda. Saya akan baca, rasa, dan beri maklum balas jujur tentang pengalaman pembacaan tersebut. 

Adakah buku motivasi anda betul-betul bagi inspirasi? 
Atau adakah novel anda buat saya rasa tak sabar nak selak helaian seterusnya?

Apa Yang Saya Tawarkan?

Saya faham, setiap penulis ada gaya tersendiri. Jadi, servis saya bukan sekadar baca dan cakap "Best!" atau "Ok!". Saya akan sediakan Laporan Bertulis (Reader Report) yang kemas untuk anda.

Antara yang saya fokuskan:
✅ Buku Bukan Fiksyen (Motivasi/Self-help): Kita tengok balik susunan bab, kejelasan poin, dan adakah nada penulisan anda betul-betul "tangkap" emosi pembaca.
✅ Novel (Fiksyen): Saya akan 'bedah' pasal pembangunan watak, rentak cerita (pacing), dan kalau ada lubang-lubang cerita yang pelik.

Kenapa Pilih Saya?

Sebab saya memang "hantu buku"! Saya sangat minat buku-buku motivasi yang memberi impak, tapi saya juga peminat tegar dunia fiksyen. Jadi, saya boleh beri perspektif dari sudut pembaca yang memang hargai kualiti sesebuah naskhah.

Laporan yang saya beri adalah jujur, teliti, tapi tetap dalam nada yang positif. Matlamat saya cuma satu: Nak tengok karya anda jadi versi yang terbaik sebelum diterbitkan!

Dah Sedia Nak Bagi Manuskrip Anda "Bernafas"?

Kalau anda tengah cari teman untuk sembang pasal manuskrip atau perlukan mata kedua untuk 'scan' buku anda, jangan segan-segan tau!

Boleh terus hubungi saya di [Whatsapp] untuk tanya pasal kadar harga atau sekadar nak tanya slot yang kosong.

Jumpa di sana! 📖✨