Kerja sebagai freelancer ni sebenarnya bukanlah mudah. Kalau client tak cari kita, kita sendiri yang kena usaha cari client. Kalau tak, sendu je la angka dalam akaun bank. Hihi.

Saya pernah ada 4 pengalaman berbeza tentang mendapatkan kerja penulisan ni. Ada yang client cari sendiri tanpa saya perlu pitch. Ada yang saya usaha cari sendiri di platform media sosial seperti Threads, Facebook dan LinkedIn. Ada rakan-rakan ghostwriter sub tugasan yang mereka tak dapat nak commit. Ada yang dicadangkan oleh rakan ghostwriter, iklan tentang penulisan yang mereka terjumpa dan rasa sesuai dengan saya.

Bila nak apply tugasan penulisan ni, sesi pitching la saya rasa paling 'susah' sekali. Pitching kadang-kadang boleh jadi pengalaman yang sangat mendebarkan. Kita dah susun idea, buat persiapan rapi, dan bagi yang terbaik, tapi bila jawapannya “tidak” atau “reject”, hati memang rasa hancur sekejap. 😔



Tips Hadapi Rejection

Jangan risau. Semua orang pernah rasa kecewa. Saya pun sama. Yang penting adalah bagaimana kita tangani emosi dan bangkit semula supaya next pitching lebih mantap dan berkeyakinan.

Jom saya kongsikan sedikit tips cara nak tangani emosi bila kena reject selepas pitching.

1. Terima Perasaan

Langkah pertama ialah mengakui emosi. Jangan sorok rasa kecewa, sedih atau marah. Semua itu normal.

Cara:
  • Luahkan perasaan kepada kawan, mentor, atau tuliskan dalam jurnal.
  • Ambil masa 10 - 15 minit untuk benar-benar rasa kecewa, kemudian lepaskan.
Menerima perasaan sendiri membantu kita tidak terlalu terbeban dan sedia untuk refleksi seterusnya.


2. Refleksi & Ambil Pelajaran

Setiap rejection ada sebab dan boleh jadi peluang belajar. Daripada kecewa, tanyakan pada diri:
  • Apa yang boleh diperbaiki dari pitch tadi?
  • Adakah penyampaian jelas dan menarik?
  • Adakah pitch cukup padat, atau perlu lebih persediaan visual/data?
Dengan pendekatan ini, rejection bukan penilaian diri, tapi feedback berharga untuk next pitch.

Tip: Buat senarai 2 - 3 perkara yang boleh improve, supaya langkah seterusnya lebih fokus.


3. Jangan Terlalu Personal

Selalunya kita akan rasa “aku tak cukup bagus” bila kena reject. Tapi sebenarnya rejection biasanya tentang pitch, bukan diri kita sebagai individu.

Elakkan daripada merasa rejection tu adalah disebabkan oleh peribadi kita. Client tidak kenal pun kita siapa secara personal. Dia cuma menilai hasil pitching yang kita dah buat.

Jadi, tindakan yang kita boleh buat ialah :
  • Fokus pada idea dan projek, bukan kritikan diri.
  • Pisahkan emosi peribadi daripada proses profesional.
Ini akan membantu kita kekal rasional dan positif, bukan down atau putus asa.


4. Reframe Mindset

Satu mindset yang penting : 'Rejection adalah langkah ke arah growth'.

Pegang setiap “tak” membawa kita lebih dekat dengan “ya” yang seterusnya. Bayangkan pitch yang ditolak sebagai latihan serta peluang untuk memperbaiki skill dan strategi.

Mindset positif membuat kita lebih resilient dan lebih confident bila menghadapi pitching seterusnya.


5. Self-care & Recharge

Selepas kecewa, jangan lupa jaga diri sendiri. Emosi yang terkawal membantu kita bangkit lebih cepat dan fokus.

Cadangan :
  • Aktiviti santai : jalan-jalan, minum kopi, dengar muzik kegemaran.
  • Meditasi atau tarik nafas dalam-dalam untuk relaks.
  • Bincang pengalaman dengan mentor/kawan untuk dapat perspektif baru.
Self-care ini penting supaya anda tidak terbeban dengan kegagalan dan setiap pitching seterusnya akan jadi lebih mantap.


Contoh Situasi

Saya nak kongsikan sedikit analogi tentang situasi rejection selepas pitching

Bayangkan kita baru selesai pitching projek kepada client besar. Client kata “kami tidak boleh terima sekarang”. 

Pada awalnya, mesti kita rasa kecewa dan sedih. Tapi kemudian :
  • Kita tulis perasaan dalam jurnal.
  • Review pitch, perhatikan apa yang boleh diperbaiki.
  • Fokus pada idea, bukan kritikan diri.
  • Guna mindset, “ini peluang belajar untuk next pitching lebih bagus.”
  • Ambil masa minum kopi, rehat sekejap, dan plan strategi baru.

Hasilnya? 
Kita akan kembali yakin. Pitching seterusnya, client akan rasa impressed dengan persiapan dan idea kita yang lebih mantap. 💪

Pesanan Ikhlas

Saya yakin setiap dari kita takkan pernah terlepas dari pengalaman ini. Inilah masanya kita dapat belajar strategi pitching yang lebih mantap dan cara handle rejection dengan tenang. 

Jangan pernah merasa keseorangan. Kalau perlukan sokongan, kita boleh je berhubung dengan rakan ghostwriter lain yang lebih berpengalaman. Dapatkan tips atau sesi coaching/mentoring dengan mereka. 

Jadikan setiap pitching sebagai peluang belajar, peluang perbaiki diri, dan peluang untuk berjaya!

 Love,
SF The Ghostwriter
Penulis Upahan Pilihan Anda